Akupunktur sebagai alternatif untuk berhenti merokok telah semakin sering digunakan. Malah, akupunktur sering digunakan sebagai rawatan untuk orang yang ketagihan dadah kerana dapat mengurangkan keinginan dan gejala "cravings" nikotin, seperti mudah marah, gelisah dan kesukaran menumpukan perhatian.
Bagaimanakah akupunktur dapat menghapuskan tabiat merokok?
Akupunktur bukanlah rawatan yang ajaib untuk ketagihan seperti merokok, tetapi akupunktur berkesan dalam memudahkan proses untuk menghapuskan tabiat merokok.
Rawatan akupunktur bertujuan untuk menyeimbangkan tenaga dalam badan untuk mengoptimumkan kesihatan. Selain itu, rawatan akupunktur memberi tumpuan kepada gejala biasa yang dialami oleh perokok yang berhenti merokok seperti mudah marah, kebimbangan dan keletihan. Akupunktur juga membantu dalam relaksasi dan detoksifikasi.
Dalam satu kajian yang dikaji oleh University of Oslo, Norway, akupunktur didapati dapat mengurangkan keinginan merokok secara signifikan, hingga 5 tahun selepas rawatan awal. Kajian ini juga menunjukkan bahawa rasa rokok dianggap lebih teruk kepada perokok berbanding dengan sebelum rawatan.
Berapa banyak dan berapa lama akupuntur yang saya perlukan?
Tempoh, jumlah dan kekerapan rawatan berbeza untuk setiap orang, umumnya berlangsung 10-30 minit, 1-2 kali seminggu. Program untuk berhenti merokok memerlukan 4 hingga 6 rawatan awal dalam beberapa minggu pertama, diikuti dengan rawatan bulanan selama 4 hingga 6 bulan.
Apa perubahan yang perlu dilakukan?

- Senaman: Senaman boleh megurangkan tekanan dan membantu untuk berehat lebih banyak daripada merokok.
- Ambil jus buah-buahan segar dan sayur-sayuran : Meneutralkan darah dari asid nikotin.
- Elakkan makanan siap sedia, gula, dan kopi yang boleh mengganggu tahap gula darah dan meningkatkan keasaman darah yang dapat meningkatkan keinganan untuk merokok.
- Minum air : Penyelidikan menunjukkan bahawa dehidrasi menyebabkan keinginan. Minum air dengan kerap sepanjang hari.
|
The content of this website is provided for information purposes only. Consult with qualified professionals for further diagnosis and treatment.
Reference source:https://hellosehat.com/hidup-sehat/berhenti-merokok/berbagai-makanan-untuk-berhenti-merokok/berhenti-merokok-dengan-akupuntur
Contact us by email: [email protected] for any inquiry.